Pages

~ my nuff ~

Thursday, June 21, 2012

Menanti Kelahiran.... Part 1 (pa..n ma)

Trimester Kedua
Minggu ke-13
Tahniah! Anda telah memasuki trimester ke-dua dimana pada mereka yang mengalami morning sickness mula berkurangan.

Pertumbuhan bayi pula sangat cepat ketika ini. Panjang bayi telah berganda daripada panjangnya di usia 7 minggu. Ianya berukuran lebih kurang 2½ hingga 3 inci panjang dan beratnya pula mencapai 13-20 gram dan secara kasarnya besarnya sebiji buah peach. Satu perubahan yang menarik adalah kepala bayi sama besar dengan badannya. Ini menunjukkan pertumbuhan otak bayi amat pesat waktu ini. 

Pada minggu ke-21 nanti, kepala bayi satu per tiga daripada badannya dan apabila lahir kelak kepala bayi satu per empat daripada badannya. Wajah bayi ketika ini hampir menyamai seorang manusia sekarang dimana matanya sudah mula membentuk dan wajahnya mula terbentuk. Genitalia luar pula membentuk dan ketika ini bayi boleh dibezakan samada lelaki atau perempuan. Peti suara bayi juga mula terhasil ketika ini. Tangan bayi juga mula membentuk struktur dimana 27 ketul tulang disatukan menjadi bentuk tangan. Bagitu juga dengan kaki bayi dan juga jari-jemari mula membentuk termasuk tumit bayi.


Minggu ke-14
Kini anda mula merasa bertenaga daripada minggu-minggu di trimester pertama. Trimester kedua adalah masa yang amat santai dan merasa lapang menikmati kehidupan kehamilan anda. Semoga rasa loya dan keletihan yang dilalui semasa trimester pertama menjadi satu kenangan dan inilah masa anda seronok menikmati kehamilan anda.

Di trimester pertama fokus adalah lebih kepada pertumbuhan kepada sistem-sistem badan janin yang pelbagai dan trimester kedua lebih memberi fokus kepada pertumbuhan janin. Proses pembentukan bayi akan menjadi lebih aktif pada ketika ini. Dalam satu bulan ini, bayi anda akan menggandakan panjangnya dan menggandakan sehingga empat kali ganda berat badannya. Telinga bayi telah berpindah daripada bahagian leher ke bahagian kepalanya. Matanya juga beransur-ansur berpindah kedudukannya daripada bahagian sebelah kepala ke bahagian hadapan muka bayi. Leher bayi mula panjang dari asalnya dan dagunya tidak lagi menyentuh dada. Seksual bayi juga berkembang. Ia menjadi lebih ketara bagi menceritakan samada bayi tersebut bayi lelaki atau perempuan.

Saiz bayi kini sebesar penumbuk anda pada kira-kira 4 inci atau 9cm panjang manakala beratnya pula mencecah 25 gram. Ada alat-alat khas yang boleh mendengarkan jantung bayi anda.


Minggu ke-15Sekarang perut anda sudah mulai membuncit dan akan kelihatan seperti ibu-ibu hamil lain. Mungkin anda juga merasa kurang selesa dengan perubahan tersebut.

Bayi kini berukuran 4½ inci panjang dan beratnya pula kurang 2 auns. Kulit bayi ketika ini lutsinar dan ditutup dengan rambut lembut yang dipanggil lanugo. Bayi anda bergerak aktif tetapi anda masih belum merasai pergerakan tersebut sehingga beberapa minggu lagi. Pada masa ini bayi anda mungkin menhisap jarinya!

Matanya masih lagi dalam proses pergerakan ke bahagian tengah muka yang masih luas jaraknya. Cuping telinga mula membentuk dengan pesat. Tulang-tulang juga mula terbentuk. Jika satu sinar X dibuat, rangka bayi anda boleh kelihatan. Bayi anda akan menyamai rupa manusia dalam beberapa hari ini.

sambung..

sumber : http://viaemma.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment

aziesizhuka. Powered by Blogger.