Pages

~ my nuff ~

Thursday, June 21, 2012

Menanti Kelahiran... Part 2 (pa n ma)

Trimester Kedua

Minggu ke-16
Kini anda mungkin mula serius mencari pakaian hamil di pusat membeli-belah. Ketika ini juga adalah masa untuk anda membezakan pergerakan bayi ataupun angin di dalam perut anda. Anda juga mungkin tertanya-tanya tentang perubahan kulit dan rambut anda yang mengalami sedikit perubahan.

Bayi anda sedang berenag di dalam satu kolam kecil cecair amnion (Kira-kira satu cawan bendalir yang telah terkumpul pada peringkat ini). Bendalir ini memainkan satu peranan penting dalam pembentukan bayi anda iaitu untuk system pulmonari. Cecair amnion itu membolehkan bayi anda menghirup utero memasuki paru-paru bayi. Bendalir tersebut memberi perlindungan untuk bayi sebagai antiseptic untuk menyekat pertumbuhan bacteria. Oleh itu bayi dapat dilindungi sebelum ia dilahirkan. Tali pusat bayi terlekap di bahagian bawah badan bayi. Kakinya lebih panjang daripada tangan dan ini boleh dilihat di mesen pengimbas (ultrasound). Sesetengah wanita dapat merasakan pergerakan bayi pada ketika ini tetapi mungkin agak keliru dengan rasa angin dalam badan. Panjang bayi kini mencapai 11.5cm manakala beratnya 80gram.


Minggu ke-17Sekarang anda sudah berada pada pertengahan trimester kedua. Anda mungkin mencari beberapa maklumat yang berkaitan dengan kehamilan seperti kaki kejang dan sebagainya. Ini adalah satu proses biasa semasa kehamilan. Anda juga mungkin merasakan sesak nafas dan sembelit dalam beberapa tempoh masa ini.

Bayi anda kini berukuran 11-12cm panjang dan beratnya mencecah 100gram. Anggaran besarnya sebesar tapak tangan. Lemak atau tisu adipos mula membentuk dalam permulaan minggu ini dan hingga ke beberapa hari berikutnya. Lemak adalah penting untuk pengeluaran haba dan metabolisme. Air dalam badan bayi kini sebanyak 89 gram. Jika bayi anda adalah bayi perempuan, tiub fallopian sedang terbentuk. Jika sesetengah daripada ibu hamil masih belum merasa pergerakan bayi, anda akan merasainya tidak lama lagi. Pergerakan ini mungkin tidak dirasai setiap hari tetapi semakin hari anda akan merasa kekerapan pergerakan tersebut.


Minggu ke-18Kebanyakan wanita hamil tidak sabar-sabar untuk melakukan ultrasound bagi melihat perkembangan bayi anda. Sebaiknya kosongkan pundit kencing anda sebelum melakukan ultrasound bagi mendapatkan imej yang jelas kerana pundit kencing yg dipenuhi air memaparkan imej gelap dan kadang-kadang menghalang imej bayi.


Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda kini memasuki 14cm panjang manakala beratnya pula kira-kira 150 gram. Bayi anda menyambung pertumbuhannya tetapi pertumbuhannya sedikit perlahan. Bayi kini mempunyai rupa bentuk manusia normal. Bulu badannya menjadi lebih kesat. Bulu matanya pula mula tumbuh pada kelopak mata bayi. Bibir mula terbentuk. Tunas rasa mula terbina. Tidak kira jantinanya, bayi kini mula membentuk puting pada bahagian atas dada. Ketebalan plasenta kini kira-kira setengah inci dan pada masa anda melahirkan bayi nanti ia akan menjadi 1½ inci tebal.

Apa yang berlaku pada anda?
Tambahan berat badan anda sepatutnya naik sekitar 4.5 – 5.8 kilogram. Bagaimanapun ianya berbeza dari individu kepada individu lain. Jika didapati berat badan anda tidak naik sperti julat tersebut, cepat-cepat lah rujuk kepada doktor anda. Anda masih ada separuh lagi masa kehamilan untuk berat badan meningkat naik. Pilihla makanan yang mengandungi nutrisi yang baik. Mungkin anda akan kerap merasa lapar daripada sebelum kehamilan. Dengan itu ambillah makanan ringan yang berkhasiat setiap 2-3 jam dimana ia mampu membekalkan makanan yang cukup untuk bayi anda.

Pengambilan nutrisi anda.
Zat besi adalah penting semasa kehamilan. Kira-kira 30mg sehari zat besi diperlukan bagi memenuhi keperluan yang semakin bertambah disebabkan peningkatan isipadu darah dalam badan. Elakkan minum kopi, the atau coca-cola sewaktu mengambil makanan yang kaya dengan zat besi kerana ianya mampu menghalang badan daripada menyerap zat besi yang diperlukan. Jika anda merasa letih, kepeningan atau sembelit atau anda senang jatuh sakit, itu bermakna anda mungkin kekurangan zat besi. Satu cara mudah untuk mengenalpasti samada anda kekurangan zat besi atau tidak, cuba periksa bawah mata anda. Jika anda cukup zat besi, ianya patut bewarna merah muda gelap. Bahagian bawah pada kuku anda juga patutnya bewarna merah muda.

Biasanya hanya 10 – 15% zat besi yang anda makan akan diserap oleh badan. Zat besi diperlukan setiap hari bagi mengekalkan zat besi di dalam badan. Makanan yang kaya dengan zat besi termasuklah ayam, daging merah, organ dalaman haiwan (Hati, buah pinggang, jantung), kuning telur, bayam, kubis dan tauhu. Gabungan makanan zat besi bersama vitamin C mampu memastikan badan menyerap zat-zat tersebut dengan lebih baik. Contohnya gabungan makanan salad bayam dimakan bersama dengan jus oren. Jika anda mengambil makanan yang kaya dengan zat-zat anda tidak memerlukan ubat-ubatan sebagai makanan tambahan. Tetapi ianya harus berbincang dengan doktor supaya ia dapat mengimbangkan keperluan nutrisi badan.

Minggu ke-19Anda mungkin telah biasa dengan perubahan bentuk tubuh badan baru. Namun mungkin ada yang merasa bimbang jika perut anda terlanggar dengan apa-apa objek sementara anda belajar untuk mengimbanginya. Jangan bimbang dengan bayi anda di dalam tubuh anda kerana ianya dilindungi terhadap perlanggaran atau lebam-lebam.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda kini berukuran kira-kira 6 inci atau 15cm panjang dan berat kira-kira 200 gram. Pada peringkat ini, kalenjar minyak sedang mengeluarkan verniks iaitu satu lapisan putih yang mengelilingi badan bayi sebelum ia dilahirkan.


Apa yang berlaku pada anda?
Tambahan berat badan anda pada masa ini antara 3.6 – 6.3kg. Daripada berat ini, hanya 200 gram sahaja berat bayi anda. Selebihnya adalah plasenta kira-kira 170 gram, pundit amnion kira-kira 320 gram, berat uterus kira-kira 320 gram, berat buah dada anda lebih kurang 180 gram setiap satu. Selainnya adalah pertambahan darah di dalam badan anda. Jantung anda pula sedang bekerja dua kali ganda mengikut keperluan darah yang sedang meningkat. Uterus dan kulit anda memerlukan dua kali ganda darah daripada sebelum anda hamil dan keperluan untuk buah pinggang pula sekitar 25 peratus.

Pengambilan nutrisi anda – Penggunaan herba semasa kehamilan.
Mungkin sebelum ini anda pernah menggunakan herba-herba dan botanicals, pil-pil atau serbuk untuk merawat penyakit. Kini setelah anda hamil, langkah yang bijak ialah meninggalkan kesemua herba-herba tersebut tanpa nasihat doctor. Mungkin daripada anda percaya bahawa herba-herba adalah selamat dan oleh itu anda terus menggunakannya tetapi ia boleh mendatangkan bahaya pengambilan semasa hamil. Bebarapa herba boleh mengganggu usus-usus serta bayi. Oleh itu setiap pengambilan herba mestilah mendapat nasihat doctor terlebih dahulu.


Minggu ke-20Tahniah! Anda telah memasuki separuh masa kehamilan! Keseluruhan kehamilan adalah 40 minggu. Kehamilan anda kini tidak boleh disorok lagi. Malah anda mungkin mendapat perhatian daripada orang awam jika anda ke bank, naik LRT atau sebagainya kerana mereka akan memberi laluan kepada wanita mengandung. Itupun jika mereka mempunyai perasaan sedemikian.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda kini mempunyai panjang hampir 16cm dan beratnya pula dalam 260gram. Kulit pada badan bayi mulai tumbuh kepada dua lapisan epidermis dan dermis. Epidermis adalah lapisan kulit luar manakala dermis adalah lapisan kulit yang lebih dalam. Verniks pula memberi perlindungan pada bayi daripada cecair amnion dimana bayi anda akan berada disitu untuk beberapa bulan lagi. Rerambut pula akan mula tumbuh sekitar minggu 12-14 dan ianya tumbuh daripada epidermis. Rambut yang mula tumbuh adalah sekitar atas bibir dan kening bayi. Rerambut ini ada digantikan dengan rambut yang lebih tebal iaitu follicles yang baru. Bayi anda kini mampu membuat beberapa pergerakan dan mula menggengam tangannya, membuat geselan dan pelbagai pergerakan yang masih belum dapat dikawal oleh otaknya.

Apa yang berlaku pada anda?
Dibahagian abdomen anda mungkin terdapat garis gelap ‘linea nigra’ diantara pusat ke bahagian pubis anda. Ia biasanya memanjang keatas ekoran daripada pembesaran uterus anda. Garisan ini adalah disebabkan oleh perubahan hormone dan akan hilang selepas bersalin nanti. Perkembangan uterus anda menjadi tidak sekata pada waktu ini dan biasanya akan lebih nalar selepas minggu ke-20.

Pengambilan nutrisi anda – Pemanis buatan
Ada sesetengah wanita mengamalkan diet dengan mengambil pemanis buatan. Aspartame dan saccharin adalah pemanis buatan yang biasa digunakan di dalam makanan atau minuman.

Aspartame adalah kombinasi phenylalanine dan aspartic acid, kedua-duanya adalah asid amino. Kandungan itu mungkin boleh mengganggu keselamatan kandungan. Anda perlu bijak menggantikan makanan yang tidak mengandungi pemanis. Hadkan semua pemanis tiruan.

Saccarin pula tidak digunakan secara meluas sebelum ini. Bagaimanapun sesetengah makanan atau minuman mengandungi saccarin. Penggunaannya semasa kehamilan adalah tidak begitu selamat dan jalan yang terbaik adalah mengelak semua pemanis buatan.

sambung...

sumber : http://viaemma.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment

aziesizhuka. Powered by Blogger.