Pages

~ my nuff ~

Thursday, October 3, 2013

info : Daerah Hulu Selangor

Hulu Selangor
  1. Hulu Selangor ialah salah sebuah daerah yang terletak di utara negeri Selangor. Luasnya adalah 174,047 hektar dengan penduduk berjumlah lebih kurang 100,000 orang (1998).
Peta mukim daerah Hulu Selangor.jpg
Ringkasan Sejarah Hulu Selangor
Daerah Hulu Selangor adalah daerah terbesar daripada sembilan buah daerah (13 mukim) yang terletak di utara negeri sealngor dengan keluasan 174,047 hektar hampir sama luas dengan Negeri Melaka. Jumlah penduduknya lebih kurang 200,000 orang (2010) lebih kurang sama dengan Negeri Perlis. Kini semakin meningkat sejajar dengan pembangunan semasa.

Daerah Hulu Selangor kini telah mengorak langkah dengan menggiatkan pembangunan dan kemajuan di semua bidang selaras dengan visi Negeri Selangor
"Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan" . Pada masa ini Daerah Hulu Selangor berkembang pesat dengan wujudnya pelbagai projek mega seperti Kawasan Perusahaan Otomobil Nasional Kedua atau Perodua, Nissan Tan Chong, Kawasan Perindustrian di Rasa, Antara Gapi, Sungai Choh, Kawasan Perumahan Baru di Sungai Buaya, Hulu Yam Bharu, Batang Kali, Lebuhraya PLUS, Tren Komuter dan estet-estet seperti pisang 'Dole', kelapa sawit dan getah.

Namun begitu Daerah Hulu Selangor tetap mengekalkan empat puluh peratus (40%) kawasan hijau supaya daerah ini masih segar dengan alam semula jadi dan pemangkin kehidupan kesejahteraan Tuhan, Manusia, dan Alam Sekitar. Sungai-sungai seperti Sugai Serendah, Sungai Batang Kali, Sungai Inki, Sungai Kerling, Sungai Liam dan Sungai Bernam mengalir dengan kehidupan lestari. Begitu juga dengan Empangan Sungai Selangor dan Empangan Sungai Buloh yang menampung air bersih kepada setengah penduduk di Lembah Klang. Kawasan kaki Banjaran Titiwangsa yang kaya dengan bukit bukau yang menghijau dan mengkagumkan serta kehidupan liar termasuk serangga dan burung serta flora dan fauna menghiasi kehidupan tenang di Daerah Hulu Selangor.



Pentadbiran
 
  • Hulu Selangor mempunyai beberapa mukim iaitu:
  1. Batang Kali
  2. Buloh Telor
  3. Ampang Pechah
  4. Ulu Bernam
  5. Ulu Yam
  6. Kalumpang
  7. Kerling
  8. Kuala Kubu Bharu
  9. Peretak
  10. Rasa
  11. Serendah
  12. Sungai Gumut
  13. Sungai Tinggi
  14. Bandar Ulu Yam
  15. Bandar Ulu Yam Baharu
  16. Bandar Kalumpang
  17. Bandar Kuala Kubu Baharu
  18. Bandar Rasa
  19. Bandar Serendah
  20. Bandar Batang Kali
  21. Bandar Ulu Bernam I
  22. Bandar Ulu Bernam II
  23. Bandar Sungai Chik
  24. Pekan Kerling
  25. Pekan Peretak
  26. Pekan Simpang Sungai Choh

Pelancongan & Rekreasi

  • Ampang Pecah
  • Pertak
  • Air Panas Kerling
  • The Woods, Ulu Yam Perdana

Kawasan Pelancong


Kawasan Hutan




Hospital

  • Hospital Kuala Kubu Bharu

Pendidikan

  • Kolej Yayasan UEM, salah sebuah kolej swasta.
  • Institut Teknologi Kulinari Anjung Utara http://www.itkau.edu.my/
  • Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor
  • Maktab Rendah Sains MARA
  • Darul Quran JAKIM, Institusi Pengajian Tahfiz al-Quran yang tertua di Malaysia. Diasaskan oleh al-Marhum Tunku Abdul Rahman. Kini beroperasi di kampus tetapnya di Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu. http://www.darulquran.gov.my/
 
Pilihan Raya
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  1. Hulu Selangor mempunyai 3 DUN iaitu :

    N.05 - Hulu Bernam
    N.06 - Kuala Kubu Baharu
    N.07 - Batang Kali

0 comments:

Post a Comment

aziesizhuka. Powered by Blogger.