Pages

~ my nuff ~

Friday, October 4, 2013

Info : Daerah Kuala Langat

Kuala Langat


  1. Kuala Langat adalah salah satu dari sembilan daerah di Selangor.
  2. Ia bersempadan dengan daerah Klang dan Sepang.
  3. Sebahagian daerah Kuala Langat terletak di persisiran Selat Melaka.
  4. Pembangunan pesat kawasan seperti Putrajaya dan Lapangan Terbang KLIA telah meletakkan daerah ini kawasan yang strategik untuk pelaburan.
  5. Di samping itu, daerah ini disokong dengan kemudahan infrastuktur jalan raya yang baik yang menyambungkan ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam, Bandar DiRaja Klang, Pelabuhan Klang, Putrajaya dan KLIA.
  6. Daerah Kuala Langat mempunyai keluasan seluas 87,704 hektar.
  7. Jumlah penduduk melebihi 200,000 orang dengan majoriti daripada bangsa Melayu, diikuti oleh Cina dan India serta sejumlah kecil orang-orang asli.
  8. Pada masa ini terdapat sebuah kawasan perindustrian bertaraf Zon Perdagangan Bebas di Telok Panglima Garang.
  9. Di sini terdapat kilang elektronik dan alat ganti kenderaan.
  10. Tanaman utama daerah ini adalah kelapa sawit. Selain itu, terdapat juga kawasan yang menarik di sini seperti Bukit Jugra, pantai Morib dan beberapa perkampungan Homestay

Mukim

  1. Mukim Bandar
  2. Mukim Batu
  3. Mukim Jugra
  4. Mukim Kelanang
  5. Mukim Morib
  6. Mukim Tanjong Duabelas
  7. Mukim Telok Panglima Garang
  8. Bandar Banting
  9. Bandar Jenjarom
  10. Bandar Sijangkang
  11. Bandar Tanjong Sepat
  12. Bandar Telok Panglima Garang
  13. Pekan Batu
  14. Pekan Bukit Changgang
  15. Pekan Chodoi
  16. Pekan Jenjarom
  17. Pekan Kanchong
  18. Pekan Kanchong Darat
  19. Pekan Kelanang Batu Enam
  20. Pekan Morib
  21. Pekan Permatang Pasir
  22. Pekan Sijangkang
  23. Pekan Simpang Morib
  24. Pekan Sungai Manggis
  25. Pekan Sungai Raba
  26. Pekan Tanjong Duabelas
  27. Pekan Telok Datok
  28. Pekan Tongkah
  29. Pekan Telok

0 comments:

Post a Comment

aziesizhuka. Powered by Blogger.