Pages

~ my nuff ~

Friday, October 4, 2013

Info : Daerah Sabak Bernam

Sabak Bernam


  1. Sabak Bernam merupakan sebuah daerah yang terletak di barat laut negeri Selangor, Malaysia. Daerah ini bersempadan dengan negeri Perak di utara dan Sungai Bernam membentuk garis sempadan tersebut.
  2. Selain itu, Hulu Selangor terletak di timur, Kuala Selangor di selatan serta Selat Melaka di barat. Bandar utama di sini adalah pekan Sabak, Sungai Besar dan Sekinchan.
  3. Sabak Bernam dikatakan dibuka oleh enam orang yang bersahabat. Dari situlah munculnya nama "sabak bernam' yakni 'sahabat berenam'.
  4. Kegiatan ekonomi kawasan ini bersangkut-paut dengan penanaman padi, kelapa dan kelapa sawit. Sabak Bernam merupakan kawasan penanaman padi yang penting di Selangor, yang tertumpu di sekitar Sungai Besar.
  5. Suatu masa dahulu (1970an), terdapat banyak kebun koko diusahakan oleh pekebun kecil di daerah ini.

Tempat menarik

  • Bagan Nakhoda Omar ialah sebuah pantai yang terpencil di daerah Sabak Bernam.
  • Kelong Paradise Waterfront Resort
  • Muzium Sabak Bernam
  • Masjid Jin
  • Ladang Mangga
  • Lubuk Pusing

Mukim

  1. Mukim Bagan Nahkoda Omar
  2. Mukim Panchang Bedena
  3. Mukim Pasir Panjang
  4. Mukim Sabak
  5. Mukim Sungai Panjang
  6. Pekan Bagan Terap
  7. Pekan Parit Enam
  8. Pekan Parit Sembilan
  9. Pekan Sekinchan
  10. Pekan Simpang Lima
  11. Pekan Sabak
  12. Pekan Sungai Air Tawar
  13. Pekan Sungai Sepintas
  14. Pekan Bagan Nahkoda Omar
  15. Pekan Parit Baru
  16. Pekan Pasir Panjang
  17. Pekan Sekinchan Site A
  18. Pekan Sungai Besar
  19. Pekan Sungai Haji Dorani
  20. Pekan Sungai Nibong

0 comments:

Post a Comment

aziesizhuka. Powered by Blogger.