Pages

~ my nuff ~

Friday, October 4, 2013

Info : Daerah Sepang

Sepang
  1. Sepang ialah sebuah daerah yang terletak di bahagian selatan negeri Selangor, Malaysia.
  2. Pada asalnya Sepang cumalah sebuah daerah terpencil yang jarang disinggahi.
  3. Tetapi kini, daerah Sepang paling dikenali sebagai tempat tuan rumah Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang terkenal di seluruh dunia sebagai tapak perlumbaan kereta berprestij Formula Satu dan sebagai tapak lokasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).



Sejarah Sepang
  • Daerah Sepang adalah daerah bongsu bagi Negeri Selangor Darul Ehsan. Ia terletak di bahagian selatan Negeri Selangor Darul Ehsan, bersempadan dengan Daerah Hulu Langat, Daerah Kuala Langat dan Daerah Petaling. Daerah Sepang juga bersempadan dengan Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus.
  • Jika dilihat dari pandangan atas, Daerah Sepang adalah berbentuk hulu sebatang keris, memanjang ke arah selatan dari Universiti Putra Malaysia (UPM), dengan lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban di sempadan sebelah timur sehingga ke kampung Sg. Buah/Bukit Unggul.
  • Di sebelah baratnya pula, adalah Daerah Kuala Langat, sementara Daerah PetalinDaerah Sepangg menjadi jiran di sebelah utara. Di sebelah selatan pula, Daerah Sepang terbuka menghadap Selat Melaka.Mengikut sejarah awal, nama Daerah Sepang diambil bersempena dengan nama pokok yang banyak tumbuh di daerah ini, iaitu pokok Sepang. Pada awalnya, daerah ini merupakan kawasan-kawasan daerah kecil Kuala Langat (Mukim Sepang dan Mukim Labu) dan Hulu Langat (Mukim Dengkil). Kawasan-kawasan ini kemudian digabungkan menjadi satu daerah baru. Daerah Sepang mencapai taraf Daerah sepenuhnya pada 1 Januari 1975.
  • Semasa awal penubuhannya, Pusat Pentadbiran Daerah Sepang terletak di Pekan Sepang. Apabila Kerajaan Persekutuan telah memilih Daerah Sepang untuk menempatkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Pusat Pentadbiran Daerah Sepang telah dipindahkan ke Bandar Baru Salak Tinggi yang juga dikenali sebagai Bandar Lapangan Terbang (Airport City). Pada 15 April 2008, Majlis Perbandaran Sepang telah berpindah ke lokasi baru iaitu Cyberjaya.

Pentadbiran

Daerah Sepang mempunyai keluasan 59,966 hektar dan dibahagikan kepada tiga mukim:
  • Mukim Dengkil, berkeluasan 29,395 hektar.
  • Mukim Labu, berkeluasan 29,395 hektar.
  • Mukim Sepang, berkeluasan 20,441 hektar.

Bandar dan pekan

  1. Bandar Sepang
  2. Bandar Baru Bangi
  3. Bandar Baru Salak Tinggi
  4. Bandar Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang
  5. Bandar Sungai Merab
  6. Pekan Dengkil
  7. Pekan Salak
  8. Pekan Sungai Pelek
  9. Pekan Batu 1 Sepang
  10. Pekan Bukit Bisa
  11. Pekan Bukit Prang
  12. Pekan Dato' Bakar Baginda
  13. Pekan Baru Salak Tinggi
  14. Pekan Sungai Merab
  15. Pekan Tanjung Mas
MAKLUMAT MUKIM

    Maklumat Mukim

    Keluasan : 29,395 hektar
    Bil. Kg. Tradisional : 10
    Bil. Kg. Cina : 1
    Bil. Taman Perumahan : 82



    Keluasan : 29,395 hektar
    Bil. Kg. Tradisional : 3
    Bil. Kg. Cina : 1
    Bil. Taman Perumahan : 22



    Keluasan : 20,441 hektar
    Bil. Kg. Tradisional : 6
    Bil. Kg. Cina : 2
    Bil. Taman Perumahan : 33
    Daerah Sepang yang berkeluasan 59,966 hektar dibahagi kepada tiga mukim iaitu Mukim Dengkil 29,395 hektar, Mukim Labu 29,395 hektar dan Mukim Sepang 20,441 hektar. Ketiga-tiga mukim ini mempunyai sejumlah 19 buah kampung dan 4 buah kampung baru.

Pengangkutan

  • Sejajar dengan pembangunan di daerah ini, laluan masuk ke Sepang telah bertambah, di antaranya South Klang Valley Expressway (SKVE), Elite Expressway, Putrajaya dan Urban Motor Way yang menghala ke Daerah Sepang telah siap atau akan dibina.
  • Di samping itu, terdapat juga laluan keretapi Express Rail Link (ERL) yang menghubungkan Stesen Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) di Kuala Lumpur ke KLIA, Putrajaya dan Cyberjaya.

Tempat menarik

  • Litar Antarabangsa Sepang
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
  • Bagan Lalang


0 comments:

Post a Comment

aziesizhuka. Powered by Blogger.