Pages

~ my nuff ~

Tuesday, October 1, 2013

TAWAS.. adakah anda sudah mendaftarkan anaj anda..

Selamat Datang ke
Tabung Warisan Anak Selangor

Apakah itu Tabung Warisan Anak Selangor? Apa MANFAATnya untuk anak saya? Dimana saya boleh mendaftar? Benarkah pada usia 18 tahun anak saya yang mendaftar dengan TAWAS BERHAK menerima RM1,500.00 dari kerajaan negeri Selangor?

Tabung Warisan Anak Selangor adalah sebuah program yang dikendalikan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor dimana kami akan mendaftarkan anak-anak yang berumur tidak melebihi 1 tahun kedalam program ini. Anda hanya perlu menyediakan dokumen seperti berikut :
  • MyKad Ibu dan Bapa
  • MyKid atau Surat Lahir Anak
  • Surat Pengakuan Anak Angkat ( Jika Perlu )
Setelah pendaftaran dibuat, pihak TAWAS akan memproses permohonan anda. Jika LULUS permohonan tersebut dan segala dokumen akan diserahkan kepada bank bagi pembukaan akaun dimana RM100.00 akan dimasukkan kedalam akaun tersebut sebagai permulaan. RM100.00 adalah pemberian daripada kerajaan Negeri Selangor. Pihak TAWAS akan mengeluarkan kad keahlian dimana kad tersebut harus disimpan dan digunakan sebagai rujukan untuk setiap MANFAAT TAWAS yang diberikan untuk anda.
Setelah urusan pembukaan akaun untuk anak anda selesai, Pihak bank akan telefon ibubapa supaya dapat mengambil sijil yang telah dikeluarkan di cawagan Ambank terpilih. Anda boleh membuat semakan permohonan anda dengan hanya mengklik pada butang here . Sila simpan sijil tersebut sehingga tempoh matang iaitu sehingga anak berumur 18 tahun. Pada masa ini anak anda berpeluang menerima RM1,500.00.
Pendaftaran boleh dibuat di Ibu Pejabat YAWAS, Kaunter JPN yang terpilih, Pejabat Khidmat DUN seluruh Selangor, Pejabat Pihak Berkuasa Tempatan, Ketua Kampung/Penghulu/Pengerusi Taman Perumahan dan Online.

Yayasan Warisan Anak Selangor
A1-11-2 & A1-11-3 Jalan Multimedia 7/AH,
Park City, I-City,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
E-mel : admin@tawas.org.my
Hotline : 03 - 5521 8740 atau 03 - 5521 8741
Faks : 03 - 5521 8742 atau 03 - 5521 8743



 

0 comments:

Post a Comment

aziesizhuka. Powered by Blogger.