Pages

~ my nuff ~

Wednesday, October 30, 2013

Tips Untuk Menawan Hati Isteri

Tips Untuk Menawan Hati Isteri

  1. Berikan ciuman di dahi isteri yang lena sebaik sahaja anda terjaga dari tidur
  2. Lihat kecantikan isteri anda secara curi-curi
  3. Jika mempunyai lebihan wang, sekali sekala hadiahkan sejambak bunga serta sekuntum senyuman kepada isteri anda
  4. Hadiahkan ciuman di dahi dan pelukan setiap kali anda pergi dan pulang dari tempat kerja.
  5. Katakan yang isteri anda sangat menawan ketika dalam tidur
     (walaupun hakikatnya isteri anda tidur ternganga )
  6. Katakan yang anda tidak pernah menemui insan yang terbaik selain dari isteri anda.
  7. Jangan hanya memandang kepada tubuh badannya. Mungkin isteri anda tidak seramping sebelum melahirkan anak anda, tetapi lihatlah kepada kebijaksanaannya dalam menenangkan hati anda.o
  8. Kadang-kadang jadilah seperti seorang kanak-kanak yang perlu diajar dan biarkan si isteri mengajar anda. Lihatlah betapa kasihnya seorang isteri memberi tunjuk ajar kepada seorang yang bergelar suami
  9. Lihat ke dalam matanya dan senyumlah.. kerana anda paling bertuah memiliki isteri anda sekarang ini.. mereka adalah jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah SWT terbaik untuk anda.

hARGAILAH... 

0 comments:

Post a Comment

aziesizhuka. Powered by Blogger.