Pages

~ my nuff ~

Monday, November 4, 2013

7 cara menerbitkan perasaan cinta suami pada diri anda.

7 cara menerbitkan perasaan cinta suami pada diri anda.

1. Sentiasa mengambil berat hal suami

Suami akan jatuh cinta pada anda jika anda mengambil berat akan dirinya. Anda jaga makan minum dia, pakaian dia dan emosi dia. Jika dia sedang marah, anda pujuk dia. Jika dia sedang gembira, anda senyum. Anda berikan kebahagiaan pada dia.

2. Up To Date

Sentiasa ambil tahu hal – hal semasa. Suami akan 
menganggap anda seorang yang bijak jika anda tahu hal – hal semasa. Lelaki biasanya akan jatuh cinta pada perempuan yang bijak.

3. Hubungan seks yang penuh ghairah

Apabila mengadakan hubungan seks, anda perlu lakukannya dengan bersungguh – sungguh. Janganlah sekadar melepaskan batuk di tangga. Apabila suami anda melihat anda begitu bersungguh – sungguh, dia akan lebih menyayangi anda.

4. Sentiasa Kemas
Pastikan diri anda sentiasa kemas. Pakaian anda, rambut anda dan seluruh penampilan perlu sentiasa kemas. Rumah juga perlu berada dalam keadaan kemas. Apabila suami melihat keadaan anda yang kemas, dia akan lebih menyayangi diri anda.

5. Menjaga Bentuk Badan

Jangan biarkan diri anda terlalu gemuk atau hilang figure. Selera suami sentiasa berubah – ubah. Namun, jika dia dapat melihat anda dalam keadaan yang dia suka, dia akan terus mencintai diri anda.

6. Hormat suami sebagai ketua keluarga

Hormat suami anda dan dia akan hormat pada anda. Jika suami anda ada buat silap, anda perlu menegurnya dengan nada yang lembut. Jangan sesekali marah kerana lelaki pantang di cabar

7. Sentiasa meminta pendapat dari suami

Apabila anda selalu mengadu dan meminta pendapat darinya, dia akan rasa anda sangat memerlukan dia. Dia akan rasa cinta pada anda sentiasa.

0 comments:

Post a Comment

aziesizhuka. Powered by Blogger.