Pages

~ my nuff ~

Tuesday, November 26, 2013

Elak 5 Perkara Kalau Sayangkan Suami Isteri!

  1. Jangan diam tak bertempat. Ada yang kata diam itu baik untuk sebuah rumahtangga. Ada yang diam bila isteri/suami sedang dirasuki angin monsun. Ok. Ini ambe rasa tindakan yang wajar. Tapi, ada yang terus sengaja diam (mungkin nak suami/isteri pujuk) lebih 3 hari. Suami ni kadang-kadang (atau mungkin selalu) tak tahu apa yang ...isteri inginkan. Jadi tindakan diam lama-lama ni satu kerugian. Kena belajar untuk menyatakan keinginan anda. Mana tahu, suami terus beli iPhone 5 (tiba-tiba) untuk demi memujuk anda? Tips #1 Rumahtangga Bahagia: Saling percaya & berterus terang.
  2. Jangan merendahkan pasangan. Maksudnya jangan memperlekeh dan merendah-rendahkan pasangan (walaupun sengaja bergurau tentang pasangan anda yang memang kurang tinggi…serius). Tengking-menengking lagilah tidak patut. Sekarang, ramai isteri yang berjawatan tinggi berbanding suami dan kadang-kadang terbawa-bawa sifat keketuaan itu balik ke rumah. Sedarlah yer, di rumah suamilah ketua dan wajar dihormati. Suami pulak, mentang-mentang ketua rumah, janganlah diabaikan pendapat si isteri. Mereka juga ada hak dalam memberi pendapat. Tips #2 Rumahtangga Bahagia: Saling menghargai perasaan pasangan.
  3. Jangan suka berlakon. Ada pasangan yang kuat berlakon di depan pasangannya. Contoh 1. Suami suka tengok isterinya bertudung tapi si isteri pula suka free hair. Suami pulak rasa serba salah nak tegur dan terpaksa berlakon sukakan isteri berfree hair. Ada eloknya suami cuba menyampaikan hajat dihati dengan penuh hikmah. Belikanlah tudung. Tak tahu nak beli kat mana? Senang citer, beli saja kat kedai mana-mana. Janji puas hati. Contoh 2. Kalau si isteri suka suami ada misai, cakap terus terang. Mana tahu, suami nampak lebih hensem dan kacak. Siapa yang untung? Isteri jugak. Tips #3 Rumahtangga Bahagia: Buang sifat suka berpura-pura dan saling perbaiki diri & pasangan.
  4. Jangan lupa tanggungjawab. Apa yang lebih membahagiakan ibubapa selain melihat anak-anak membesar depan mata? Takde kan? Jadi, sama-samalah pikul tanggungjawab mengurus rumahtangga secara bersama. Yang berat sama kita pikul, yang ringan biar suami pikul sorang-sorang. Ok? Biarlah kita penat sedikit, inshaaAllah kita puas hati tengok anak-anak sihat dan cemerlang. Tips #4 Rumahtangga Bahagia: Saling melengkapi urusan rumahtangga.
  5.  Jangan suka mengancam. Maksudnya jangan asyik cuba takutkan pasangan. Contoh 1. Bila tak sependapat, adalah adegan dialog seperti berikut, “abang buatlah lagi camtuh, kita tak nak masak kari kepala ikan jerung lagi….” Contoh 2. “Sayang kena ingat, ni semua ni abang beli pakai duit abang tau, nanti abang dah tak bagi duit baru tau…” Isteri kita bukan lagi budak kecil. Akhirnya kasih dan cinta bertukar menjadi sayang kerna terpaksa. Di mana manisnya sebuah rumahtangga kalau asyik nak ugut dan mengancam? Berhati-hati bila bercakap terutamanya para suami. Tips #5 Rumahtangga Bahagia: Jangan cakap ikut sedap mulut!

sELAMAT BerAMAL..
Renung renungkan...

0 comments:

Post a Comment

aziesizhuka. Powered by Blogger.