Pages

~ my nuff ~

Thursday, November 7, 2013

ETIKA KETIKA BATUK

Hentikan 
Penyebaran Kuman-kuman
Yang Membuat
Anda dan Orang Lain Sakit

Assalamualaikum dan Salam sejahtera
Hai..

Disini azie ingin berkongsi tentang satu maklumat yang azie jumpa..
Slalunya azie byk jumpa maklumat ini di Pamplet...
Kalau Kesihatan azie ambil dekat Hospital or Klinik..
Kalau Maklumat berkenaan tentang Selangor ke azie ambil di Jabtatan berkenaan..

Di mana ada Pemplet free kan so ambil sahaja la.. dan semua akan azie kandungkan di dalam BLOG ini

ok berbalik pada Maklumat Kesihatan kita, iaitu :

ETIKA KETIKA BATUK..

# Mengapa ana mesti MENUTUP MULUT ketika Batuk atau Bersin

  • Penyakit sistem penafasan yang serius seperti influenza, batuk kokol, sindrom penafasan akut yang teruk (SARS) dan tibi melalui BATUK dan BERSIN.
  • Penyakit-penyakit ini boleh merebak dengan mudah di kawasan yang sesak dengan orang ramai.


ANDA BOLEH HENTIKAN PENYEBARAN KUMAN SEMASA SAKIT DENGAN :-

  1. Pakai penutup mulut dan hidung
  2. Paling muka daripada orang lain dan makanan
  3. Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu atau sapu tangan ketika batuk atau bersin. Buang tisu ke dalam bakul sampah
    * Jika tiada pilihan lain, anda boleh menggunakan lengan baju atau skaf. Jangan bersentuhan dengan
       orang lain sehingga pakaian tersebut ditukar.
  4. Elakkan pergi ke tempat sesak
  5. Jangan berkongsi sapu tangan atau tuala dengan orang lain
  6. Elakkan menyentuh muka, hidung atau mulut.

Sumber : pamplet unit promosi kesihatan, Jabatan kesihatan Negeri Selangor.

0 comments:

Post a Comment

aziesizhuka. Powered by Blogger.