Pages

~ my nuff ~

Friday, November 1, 2013

Fadhilat Surah al-Kahfi

Fadhilat Surah al-Kahfi
 
 
 
sumber : google
 
Hebatnya Surah al-Kahfi ini kerana barangsiapa yang membaca 10 ayat terawal setiap kali Jumaat (waktu Maghrib hari Khamis hingga maghrib hari Jumaat) nescaya terlindung dari segala fitnah mahupun Dajjal sepanjang tempoh di antara Jumaat hingga Jumaat berikutnya.

Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi."
[ Hadis Riwayat Ahmad ]

Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : "Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat."
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
 
 
 
 

 
Imam Ahmad berkata :"Daripada Abi Darda' daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal.
[ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]
sumber : Facebook I Luv Islam
 
 

0 comments:

Post a Comment

aziesizhuka. Powered by Blogger.